jumaat terakhir dalam usiaku 22 tahun
aku sedar diri siapa aku
aku sedar asalku dari mana
aku tahu aku berada di mana
tapi siapa pun aku, dimana aku berdiri sekarang
aku berhak di atas segalanya
dengan izin Tuhanku..
aku sedar siapa aku
aku hanya budak kampung
bukan budak pandai
bukan budak top
bukan budak terkenal pon
budak budak rajin
hakikatnya aku budak low profile
aku hanya seorang manusia biasa
tidak ramai yang mengenaliku
tidak ramai yang mengingatiku
asalku hanya dari kampung
keluarku untuk membela nasib keluarga
hanya untuk memenuhi sedikit kemewahan zaman moden
kepada keluarga dan adik beradikku
berhak kah aku
dihina
dimarah
dijadikan tempat melepaskan perasaan amarah
dijadikan tempat meminjam duit tanpa bayaran
dijadikan pak sanggup dikala mereka kesusahan
dicari kala kesusahan
ditinggal kala mereka senang
ya memang berhak
kerana aku seorang hamba
tapi kenapa mereka tidak??
tapi aku sedar siapa aku
sudah tertulis takdirku begitu
aku sedar
aku sedar
tapi
bisakah aku
memiliki apa yang mereka miliki
senang mereka berteman
senang meminta duit tanpa bayaran
senang melepaskan kemarahan
kepada sesiapa dan apapun
tanpa ada belas dan perasaan
kenapa?
kenapa aku tiada perasaan begitu?
tiada perasaan bersalah dalam apa yang aku lakukan
kenapa aku sering kali berfikir tentang manusia di seliling kau
tetapi tidak mereka
Ya ALLAH Ya TUHANKU
aku bermohon
moga KAU berikan aku kekuatan
dalam meniti hari-hariku
yang penuh dugaan dan cabaran
penuh onak dan duri
penuh dengan dendam kesumat dan amarah
penuh dengan tipu dunia
penuh dengan prasangka
penuh dengan kepura-puraan
kuatkanlah aku Ya ALLAH
moga segalanya
dibiarkan terpendam dalam ini
tanpa terkeluar sedikit pun
moga suatu hari nanti
biarlah
ianya bocor kepada
pada zauj yang
paling aku sayang
kerana
ku mahu matiku
tanpa dendam perasaan
terhadap sesiapapun
makhluk ALLAH
di muka bumi ini
Every Time is Valuable Moment...
Memaparkan catatan dengan label luahan hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label luahan hati. Papar semua catatan
Jumaat, 5 Oktober 2012
Sabtu, 16 Jun 2012
Hidup Matiku Hanya Kerana ALLAH...
Adventure Life..
Hidup sebuah pengembaraan.. indahnya sebuah kehidupan manusia sempurna, dapat melihat dan menghayati dunia tanpa sempadan... meneroka kejadian dan ilmu ALLAH yang tiada hadnya...
Alhamdulillah berakhir semester ke-2 tahun-3 pengajian di Unimap.. Insyaallah tinggal 1 tahun lg.. (hopefully only 1 year).... hanya ada 2 hari cuti, kena teruskan latihan industri pulak.. macam2 dugaan dlm mencari tempat li ni.. finally, ada jgak yg sudi terima.. Alhamdulillah.. Flextronic, i'm coming this Monday...
Menyingkap kenangan tahun 3 di Kg Wai.. macam2.. karenah manusia, konfilk, masalah, dugaan... syukurlah semuanya berjaya diatasi demi sebuah persahabatan dan pengajian...
geng motor yg setia dan memahamiku..
Bagiku amatlah sukar mencari teman yg boleh memahami kita, tetapi aku berpegang pada 7 Habits Principe Stephen Covey,
Habit no 5 : Seek First to Understand, then to be Understood..
bermaksud, kita kena fahamkan org dahulu baru orang fahamkan kita.. so, kita kenalah faham org dahulu br org faham kita... selamat beramal ye..
Kenangan-kenangan tahun 3, di TERATAK 45A, 2011-2012...
tinggal kenangan... blik tengah xda tingkap 45A
mini project embedded system design with en azman, my favourite lecture...
servo motor controller, sapa mau, cari saya hehe...
besday ira di rumah mama
travel at night with alang
first time travel malam hari..
mau pulang ke penang tamat tahun 3...
15 jun 2012
huhu with zarani at RnR
balik cuti semester seminggu..
Forum Let's Get Married sempena Hari Siswi Unimap
dapat bersama ustazah Fatimah Syarha n Dr Farhan Hadi..
my idol n favourite ustaz n ustazah..
terbalek pulok...
km si geng moto ke pauh...
km 3 jew dak perempuan comp yg nek moto...
terlibat dengan olahraga unimap..
sekali skala join aktiviti ppkkp and u best jgak..
gadis trek..
xsangka aku dah tawan trek nih..
4x100 meter huhu.. cayalah mashi...
trip to menara alor setar..
with zara, ain, mimi n farah
waa... besday ke-22 kne 'bang' teruk..
tp dpt kek comey..
tq all my friends...
wayang time...
inilah duniaku...
inilah medan pertarunganku..
inilah medan pertarunganku..
penah lelah 1 tahun aku di meja ini...
lengan menjadi bantalku tatkala mengantuk sewaktu menelaah...
ku harapkan kejayaanku dalam pertarunganku disini....
aku seorang traveller..
bukan dgn kereta tp dengan kriss hitamku..
aku bersyukur ak mempunyai moto (even atas nama abah)
jauh perjalanan luas pemandangan...
Jumaat, 20 April 2012
Saya tak kisah.. Saya tahu ALLAH merencanakan sesuatu yg indah utk saya...
♥ BIAR DIA TAHU, SAYA TAK KISAH ♥
Biar dia SALAH SANGKA... Biar dia SALAH ANGGAP... Biar dia SALAH MENDUGA... Biar dia TAHU YANG BURUK... Sebelum MENGHARAP yang baik-baik...
Kalau dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna...
Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ?
Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini...
Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu... Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU, namun saya masih punya MASA HADAPAN...
Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak...
So, tak kisahlah... Ada jodoh ada lah kan ? I trust HIM more...
Saya lebih suka dilihat sebagai diri saya yang tak sempurna... Biarlah mereka tahu saya tidak tahu itu, tidak tahu ini, dari mereka melihat kesempurnaan saya yang konon maha baik. I'm glad to be me even it's hard to be me..
Ahad, 22 Januari 2012
Masa & Time
everything is time, every time is valuable, every valuable is money...
kesedaran dalam diriku tentang betapa berharganya ilmu pengetahuan sudah dikira agak lewat.. pada usia melebihi 20-an begini aku seharusnya mengetahui banyak perkara, dunia dan akhirat juga termasuklah bidang yang kuceburi serta bidang yang kuminati... tapi sayangnya, agak terlewat.. kesedaran itu baru datang sekarang.. dulu aku hanya mencari ilmu untuk peperiksaan.. bukan untuk hidup.. syukur aku diberi peluang tersedar dari mimpi ini... dengan sisa hidup yang tinggal ini kucuba sedaya upaya untukku mencari, mengejar, mendalami, memahami, mempelajari ilmu ALLAH yg tiada batasnya ini...
aku anak seoarang pendidik.. aku sedar abahku tidak pernah jemu menabur ilmu juga pada masa yang sama mencari ilmu walaupun dalam usia beliau hanya berapa masa lagi menjangkau usia pencen.. walaupun ilmunya tinggi berbanding denganku yg kiranya diukur tidak sampai sejengkal, tp ilmu tetap dicarinya.. SEBAB menunut ilmu adalah wajib... tambahan pula pada masa kini teknologi semakin canggih, dunia semakin maju, manusia pula semakin pandai.. tanpa ilmu, ketinggalanlah kita...
walau seseorang itu dilihat dari fizikalnya hanya seorang guard, tp dia punya kepakaran dan ketinggian ilmu dalam bidangnya.. jangan sesekali memandang hina kepada mereka2 jika kita2 ada diatas.. sesungguhnya ada yang lagi atas dari kita2 itu.. sedarlah.. jangan berlagak, angkuh dengan apa yang kau ada!!!
aku tahu, caraku berfikir tidak sama dengan rakan2ku.. cara seorang polis membesarkan anak mereka lain dengan anak guru dibesarkan.. juga lain dari anak peneroka dan anak pensyarah... dari segi gaji pon sudah beza, sudah tentunya apa yang dimakan, apa yang dipakai juga berbeza... dari situlah bermulanya perbezaan cara hidup juga cara kami semua berfikir... tetapi walaubagaimanapun mereka tetap rakan2ku.. aku bersyukur dikurniakan rakan2 yg menemaniku dikala berjauhan dengan family... aku sangat bersyukur dengan apa ku ada sekarang.. aku bersyukur punyai family yang menyayangi dan memahami ku... syukur padaMU dengan segala nikmat kurniaanMU Allah.. SYUKRAN YA ALLAH.....

Jumaat, 9 September 2011
kisah perjalanan sebuah kehidupan
suatu hari di jambatan pulau pinang, ak stop moto sbb kaki rasa berkuap (moto panas sgt kot), niat nk snap gambar, tetiba dtg 2 org PBSB...
PBSB~ ada problem dik??
me~ tak2.. stop jap lenguh kaki
PBSB~ dr mana nih??
me~ sy dr bm
PBSB~ ni nk p mana??
me~ nk g qeje
PBSB~ qeje kt mana?
me~ kilang WEstern DigitaL
PBSB~ owh.. ni masuk qeje pkoi bpa??
me~ lmbat g, pkoi 7..
PBSB~ (sambil tgk jam dia) awainya kluaq bru pkoi 4.. p dating dlu ka??
me~ (sambil gelak senyum) mana ada lah.. sy nk balik USM dulu.
PBSB~ aik.. kata keje, cmna blh study USM plak.. dik ni qeja ka study?? praktikal ka???
me~ hehe.. sy mmg study lg.. tp bukan kt USM, bkn praktikal kt ctu..
(xsempat nk ckap lg dia potong dlu..)
PBSB~ habeh tuh??
me~ actually sy bdak UNIMAP, dok kt USM sbb ada program kt WD 4 bln.. asal dr BM hehehe...
PBSB~ owh lagu tu kaa... (sambil dia senyum) hmm.. panjang btoi kisah hidup dia....
(((... br kisah on the way ke WD pn dia kata panjang...))

Jumaat, 22 April 2011
Kau Boleh....
kadang terfikir balik masa2 yg dah lepas. ada benda yg x pernah terfikir boleh buat tapi ak berjaya buat...
yg masihku ingat, masa form 3, PMR, ustazah halimah, cikgu bahasa arabku ada berkata "kamu semua kalau nk selamat, nak dapat A bahasa arab ni kamu kena buat backup, maksud saya kalau kamu xdak idea sgt nk tulis karangan nnt, at least kamu kne hafal satu karangan. xkisah lah apa tajuknya. sekurangnya, markah bahagian karangan kamu xder la 0"
ku terfikir... hafal karangan??? karangan bahasa arab tuh.. gile gapo..
tapi hakikatnya sebelum bulan 10 tahun itu, ku berjaya menghafal 2 karangan bahasa arab. 1nya utk 'kalam jamaei.."(choral speaking) yg bertajuk 'hisabu mama' dan 1 lg utk PMRku bertajuk 'usrati'...
betapa, usaha manusia ini berbaloi kalau diikuti dengan doa kepada ALLAH.. ku berjaya menghafal 2 karangan and get A in Arabic... huhu.. MASHI...KAU BOLEH..
sekali lg mse ku di form 5.. ADD MATH.. mmg xpernah lulus dr awal tahun. cikgu slalu ckap, "buat lagi banyak latihan, mesti boleh lulus punya"...
ternyata.. latihan dan pay attention in the class membolehkan ku lulus subjek ini..
dengan usaha dan doa, tiada apa yg mustahil. terbukti.. MASHI...KAU BOLEH
dan suatu kejayaan terbaruku, ku terfikir masa 1st time dpt result poli, kejayaan membanggakan dalam hidupku..adakah aku boleh mempertahankan result begini dalam 3 tahun aku belajar utk diploma ini???
usaha adalah segala-galanya... MASHI..KAU BOLEH
1st day masuk kelas mikrop, km diberitahu yg km dikehendaki membuat 1 projek yg membawa 15% markah PB. berderau darahku mendengarnya. tambahan pula projek ini dijalankan secara individu.. hah mati aku... selepas 2 3 bulan, ku masih tidak faham atau mendapat apa2 gambaran apa itu 'microprocessor system'nih. cmner nk wat projek nih???? tiba masa tajuk projek diberikan.. sekali lagi ku berdebar.. pe ku perlu buat nih??? dah la kelas x paham apa... seminggu berlalu begitu sahaja.. masuk minggu ke2, baru ku mulakan langkah. berjumpa dengan lecture pakar mikrop nih.. tanya.. dan bermula dari saat itulah aku belajar dan belajar. bertanya dan terus bertanya.. berjumpa dan terus berjumpa.. latihan dan terus latihan..
dan akhirnya... aku berjaya siapkan projekku beserta reportnya pada masa yg ditetapkan.. tahniah aku berjaya..
ku tidak pernah terfikir yg ku boleh membuat keseluruhan projek ini dengan jayanya. dengan usahaku, bantuan para pensyarahku, rakan-rakan seperjuanganku.. ku berjaya
ternyata MASHI..KAU BOLEH...

Langgan:
Catatan (Atom)