Every Time is Valuable Moment...

Sabtu, 20 September 2008

Cinta 2 Ibarat Tggu Bas Ke?

This is funny but may be true.......
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,
"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk."
Jadik, awak katakan pada diri awak,
"Saya akan tunggu bas yg lain."
Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Awak nengok bas tu dan awak akan cakap,
"Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."
Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak
bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah
beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,
"Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."
Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan
baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang
tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu >>tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
Moral: Aku mmg ske berebut nek bas g klas...hahaa..xksah la ramai org or x bas 2..dh jd habit n expert ..hikhik..msa tuh berharga beb..tp bg ak mne le samakan cinta ngn tggu bas..cinta bkn leh main2...bkn leh tgkp muat je..kna pilih calon btl2 slagi usia masih muda..hahaa..ape pndpt kwn2 ??

Rabu, 17 September 2008

CANTINYA LELAKI, GAGAHNYA PEREMPUAN

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :
"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari Nuzul Quran.
Tahukah anda apakah hari Nuzul Quran?
Tahukah anda apakah itu al-Quran dan sejarah penurunannya?
Klik pada link dibawah utk bace lebih lanjut, nak copy paste sejarah al-Quran dari web tu kat sini panjang sangat.
Lagipun tak ramai pun yang minat nak bace nyer. Betul ke? (Buktikan penyataan saya ini salah!)
Bagi sesiapa yang nak tahu sejarah al-Quran boleh la klik pada link di bawah. Moga dengan sedikit perkongsian ini menjadikan kita insan yang berakhlak cemerlang dan berpengetahuan tinggi.Non-muslim pun boleh bace, dont worry sejarah je. Selamat membaca! =)


http://www.kedahonline.net/v6/...

"Dan apabila mereka mendengar apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad sebagai mukjizat), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al-Quran) yang telah diketahui dari kitab-kitab mereka sendiri."(al-Maaidah: 83)