Every Time is Valuable Moment...

Ahad, 22 Januari 2012

Masa & Time

everything is time, every time is valuable, every valuable is money...

kesedaran dalam diriku tentang betapa berharganya ilmu pengetahuan sudah dikira agak lewat.. pada usia melebihi 20-an begini aku seharusnya mengetahui banyak perkara, dunia dan akhirat juga termasuklah bidang yang kuceburi serta bidang yang kuminati... tapi sayangnya, agak terlewat.. kesedaran itu baru datang sekarang.. dulu aku hanya mencari ilmu untuk peperiksaan.. bukan untuk hidup.. syukur aku diberi peluang tersedar dari mimpi ini... dengan sisa hidup yang tinggal ini kucuba sedaya upaya untukku mencari, mengejar, mendalami, memahami, mempelajari ilmu ALLAH yg tiada batasnya ini...

aku anak seoarang pendidik.. aku sedar abahku tidak pernah jemu menabur ilmu juga pada masa yang sama mencari ilmu walaupun dalam usia beliau hanya berapa masa lagi menjangkau usia pencen.. walaupun ilmunya tinggi berbanding denganku yg kiranya diukur tidak sampai sejengkal, tp ilmu tetap dicarinya.. SEBAB menunut ilmu adalah wajib... tambahan pula pada masa kini teknologi semakin canggih, dunia semakin maju, manusia pula semakin pandai.. tanpa ilmu, ketinggalanlah kita...

walau seseorang itu dilihat dari fizikalnya hanya seorang guard, tp dia punya kepakaran dan ketinggian ilmu dalam bidangnya.. jangan sesekali memandang hina kepada mereka2 jika kita2 ada diatas.. sesungguhnya ada yang lagi atas dari kita2 itu.. sedarlah.. jangan berlagak, angkuh dengan apa yang kau ada!!!

aku tahu, caraku berfikir tidak sama dengan rakan2ku.. cara seorang polis membesarkan anak mereka lain dengan anak guru dibesarkan.. juga lain dari anak peneroka dan anak pensyarah... dari segi gaji pon sudah beza, sudah tentunya apa yang dimakan, apa yang dipakai juga berbeza... dari situlah bermulanya perbezaan cara hidup juga cara kami semua berfikir... tetapi walaubagaimanapun mereka tetap rakan2ku.. aku bersyukur dikurniakan rakan2 yg menemaniku dikala berjauhan dengan family... aku sangat bersyukur dengan apa ku ada sekarang.. aku bersyukur punyai family yang menyayangi dan memahami ku... syukur padaMU dengan segala nikmat kurniaanMU Allah.. SYUKRAN YA ALLAH.....