Every Time is Valuable Moment...

Selasa, 9 Jun 2009

Kenali Melalui Cara Berjalan..

Begitu sukarnya mencari mutiara di lautan, begitulah juga sukarnya untuk kita menilai seseorang untuk dijadikan teman hidup. Mencari gadis untuk disayangi seterusnya menjadi teman hidup bukanlah seperti memilih dan menukar pakaian.
menjalani hidup berdua, muafakat, bekerjasama dalam segala hal disusuli dengan kasih sayang dan keteguhan hubungan adalah impian setiap individu.

Personaliti seseorang biasanya boleh dilihat dari pelbagai aspek termasuklah penjagaan kuku, cara bercakap, cara makan dan juga cara berjalan.

Berikut sedikit penerangan mengenai cara berjalan dan personaliti seseorang wanita yang mungkin boleh membantu golongan lelaki mengenali wanita yang bakal menjadi suri dihati mereka...


BERGINJAT

Jika dari belakang kelihatan seperti berginjat, wanita yang berjalan seperti ini dikatakan tidak jujur. Ketika berbual, perkataan yang sering dikeluarkan dari mulutnya cenderung menyinggung perasaan orang lain.

Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap ego. Namun, jangan risau, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki kerana memiliki wajah yang menarik.


MENOLEH KE KIRI DAN KE KANAN

Wanita yang berjalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun wanita seperti ini dianggap seperti tidak jujurdan sombong, tetapi ramai lelaki yang berusaha untuk menakluki hati mereka. Wanita seperti ini kononnya senag diatur dan diuruskan.


MENUNDUK

Wanita yang suka berjalan tunduk atau memandang ke bawah disifatkan memilikisifat yang tertutup. Mereka hanya akan berbual dengan orang
yang rapat dan dipercayai sahaja.

Wanita seperti ini biasanya sukar ditakluki hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini juga tidak ambil peduli dengan kehidupan cintanya. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati mereka, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Ini kerana wanita jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya…..



KEPALA MENEGAK

Jika berjalan menatap lurus ke hadapan, wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh dan bukan mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-kali menentang apa yang pernah dikatakannya, jika anda tidak mahu pertelingkahan kecil tercetus. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas sahaja.


BADAN BERGOYANG


Jika wanita berjalan dengan pergerakan badannya ke kiri dan ke kanan, itu tandanya wanita itu tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, ia akan dianggap kecil. Padahal masalah itu memerlukan kebijaksanaan untuk diselesiakan. Sikpnya yang suka mengambil mudah menyebabkan banyak persoalan tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan diri sendiri.



BADAN MENEGAK

Jika berjalan, badan wanita itu nampak tegak, wanita itu tegas menentukan sikapnya sendiri.Urusan peribadinya tidak mahu dicampuri oleh orang lain Gaya percakapannyaserius seperti dia menunjukkan bahawa pendirian yang dimilikinya sangat teguh.Menariknya, wanita ini mengambil berat terhadap sesuatu yang dilakukannya.Dia selesa dengan lelaki yang berdikari tanpa mempunyai sifat manja.



SEPERTI ZIRAFAH

Jika berjalan seperti zirafah,ertinya sewaktu mengorakkan langkah, badannya kelihatan bergerak ke depan & ke belakang.Wanita seperti ini mempunyai perasaan sensetif.Dia mudah tersinggung & mudah terasa.Jika anda berborak bersama wanita seperti ini, anda perlulah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, ini kerana wanita seperti ini mudah mengalirkan air mata.