Every Time is Valuable Moment...

Jumaat, 5 Oktober 2012

Nukilan Jumaat Terakhir

jumaat terakhir dalam usiaku 22 tahun

aku sedar diri siapa aku
aku sedar asalku dari mana
aku tahu aku berada di mana
tapi siapa pun aku, dimana aku berdiri sekarang
aku berhak di atas segalanya
dengan izin Tuhanku..

aku sedar siapa aku
aku hanya budak kampung
bukan budak pandai
bukan budak top
bukan budak terkenal pon
budak budak rajin

hakikatnya aku budak low profile

aku hanya seorang manusia biasa
tidak ramai yang mengenaliku
tidak ramai yang mengingatiku
asalku hanya dari kampung
keluarku untuk membela nasib keluarga
hanya untuk memenuhi sedikit kemewahan zaman moden
kepada keluarga dan adik beradikku

berhak kah aku
dihina
dimarah
dijadikan tempat melepaskan perasaan amarah
dijadikan tempat meminjam duit tanpa bayaran
dijadikan pak sanggup dikala mereka kesusahan
dicari kala kesusahan
ditinggal kala mereka senang

ya memang berhak
kerana aku seorang hamba
tapi kenapa mereka tidak??
tapi aku sedar siapa aku
sudah tertulis takdirku begitu
aku sedar
aku sedar

tapi
bisakah aku
memiliki apa yang mereka miliki
senang mereka berteman
senang meminta duit tanpa bayaran
senang melepaskan kemarahan
kepada sesiapa dan apapun
tanpa ada belas dan perasaan

kenapa?
kenapa aku tiada perasaan begitu?
tiada perasaan bersalah dalam apa yang aku lakukan
kenapa aku sering kali berfikir tentang manusia di seliling kau
tetapi tidak mereka

Ya ALLAH Ya TUHANKU
aku bermohon
moga KAU berikan aku kekuatan
dalam meniti hari-hariku
yang penuh dugaan dan cabaran
penuh onak dan duri
penuh dengan dendam kesumat dan amarah
penuh dengan tipu dunia
penuh dengan prasangka
penuh dengan kepura-puraan
kuatkanlah aku Ya ALLAH
moga segalanya
dibiarkan terpendam dalam ini
tanpa terkeluar sedikit pun

moga suatu hari nanti
biarlah
ianya bocor kepada
pada zauj yang
paling aku sayang
kerana
ku mahu matiku
tanpa dendam perasaan
terhadap sesiapapun
makhluk ALLAH
di muka bumi ini